Sunday 6 December 2015

BBM3412 : Nilai Persahabatan

Cuti persekolahan memang sinonim dengan majlis perkahwinan. Boleh dikatakan setiap minggu jadual penuh dengan undangan perkahwinan, betul tak? Semenjak aku mula beramah mesra di Facebook, Alhamdulillah dapat bertemu semula dengan bekas rakan-rakan sekolah. Walaupun cuma secara maya, namun ternyata kemesraan dan kerinduan yang sama.

Bila dah bertemu semula,salah seorang rakan baik semasa di SRK Convent Muar telah mengundang kami ke majlis perkahwinannya. Seronok tak terkata dapat berjumpa semula dengan beberapa orang rakan lama, Boleh dikatakan macam reunion kecil untuk kami. 

Semoga persahabatan yang masih erat ini bertambah kukuh ukhuwahnya. Doaku agar Allah sentiasa merahmati kehidupan kami semua....aamiin.


                  

2 comments:

juliahishar said...

Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke jannah.....

Nurul Fezza said...

Islam memandang persahabatan sebagai nilai yang agung dan menentukan dalam nasib dan kehidupan seseorang.

Post a Comment