Tuesday 1 December 2015

#BBM3412 : AKu dan Mak

# BBM 3412 : Aku dan Mak.

6.45 pagi : Satu SMS diterima, sila ambil kertas jawapan di pejabat sekolah. Anda terpilih sebangai penilai skrip peperiksaan. Perghhh...dah mihin pengecualian pun tak dilayan! Hrmmm..baru nak tarik semula selimut,tetiba aku bingkas bangun...Makkk!

Maka berubahlah rutin biasaku. Melangkah masuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan mudah dan ringkas untuk mak. Selepas sarapan, aku dengan relanya menyarung semula apron untuk memasak hidangan tengahari pula. Tak sempat makan tengahari dengan mak, aku bergegas ke sekolah pula.Kesian mak, baru semalam mak sampai rumah acik, hari ni dah kena tinggal, makan sorang-sorang.

Acik mintak maaf mak,acik tak mampu melayan mak seperti mak melayan Acik. Sibuk sangat dengan urusan sendiri, jangan sampai kau abaikan syurga yang berada di depan matamu Azie!

Seketika aku terasa ada mata yang memandang. Mak tersenyum ke arahku sambil jemarinya ligat bertasbih. Allahu...kulepaskan pen merah ditangan,kutinggalkan kertas yang sedang ditanda...makkk!

7 comments:

Unknown said...

Syukur masih punya mak, Azi...

Kamsiah Jaffar ( J 43170 ) said...

Terharu baca cerpen azie...


Renungan seketika....
Semasa kecil....
Ketika lapar tangan ibu lah yang menyuapku,
Ketika menangis tangan ibu lah yang mengusap air mata ku,
Ketika kita gembira tangan ibu lah menadah syukur,
Ketika kita mandi tangan ibu lah yang meratakan air keseluruh badan,
Ketika dilanda kesedihan tangan ibu lah yang membelai duka sampai berbisik...
"Sabarlah sayang".....

Tangan ibuku tangan ajaib,sentuhannya penuh kasih sayang membawa ku ke syurga.


Ya Allah.....kau panjangkan usia ibuku dalam keimanan, kesihatan yang baik agar bisa ku menabur bakti kepadanya Ya Allah.

Kamsiah Jaffar ( J 43170 ) said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Azie.....bestnya dapat peluk emak. Akak dah tiada siapa nak peluk. Ibu akak dah 9 tahun meninggalkan akak 7 beradik......Jagalah dia azie....

Nurhaya Masti said...

Kasih ayah sepanjang masa...
Kasih ibu hingga ke syurga...

Ibu, Ummi, Mama... Insan terpilih dalam sanubari kita

Unknown said...

Ibulah nyawa..ibulah segala-galanya

Unknown said...

Assalamualaikum...Alhamdulillah kak doakan semoga Azie beserta ibu dan keluarga berada didalam keadaan sihat..bila tengok gambar Azie ni teringat pula semasa arwah ibu masih ada...Alangkah bertuahnya Azie masih dapat bersama ibu tercinta.....Selagi masih ada waktu berilah perhatian dan kasih sayang kita sepenuhnya untuk dia...kerana dia adalah PERMATA HATI kita kini dan selamanya...

Post a Comment