Sunday 6 December 2015

BBM 3412 : Hikmah Di Sebalik Ilmu

Kod Subjek : BBM3412 ( Bahasa Dalam Multimedia dan Masyarakat).
Ketika mula-mula masuk dewan kuliah bersama Dr.Normaliza, terasa seperti biasa sahaja. Menerima tugasan sebagaimana rutin seorang mahasiswa,perlu disiapkan!Itu sahaja!

Hari ini, ketika aku menaip semula diari dan aktivitiku dalam blog yang telah lima tahun terperuk, terasa sangat besar hikmahnya subjek ini. Melalui facebook, instagram dan twitter....aku menemukan semula permata yang selama ini kucari...erti sebuah persahabatan. aku kini bertemu semula sahabat di SRK dan SMK Convent Muar yang terpisah sejak 30 tahun lalu,menambah rakan baru melalui grup rakan sekuliah dan mengenali sahabat maya yang baharu.

Aku juga bertekad untuk memuat naik hasil tugasan yang pernah dilaksanakan sepanjang menjadi pelajar Bacelor Linguistik dan Sastera Melayu. Mudah-mudahan, dengan sedikit perkongsian ilmu ini,dapat membantu penuntut lain untuk menambah ilmu dan maklumat. 

Terima kasih BBM 3412...terima kasih Dr.Normaliza...kau berjaya menghidupkan roh menulis yang telah lama hilang dalam diriku....


                                                 

0 comments:

Post a Comment