Sunday 6 December 2015

BBM 3412 : Memori Menyiapkan Tugasan

Assalamualaikum sahabat.

Hari ini aku menulis lagi. Masih dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah kami. Terasa bagai siksa benar untuk menghabiskan dua semester terakhir ini. Namun, berkat sokongan ahli keluarga dan rakan seperjuangan, kugagahkan jua langkah yang kian longlai ini

Bagi menyempurnakn tugasan Komunikasi Antara Budaya yang diberikan oleh Dr.Moniza Waheed, kami diminta menemubual tiga warganegara asing dan memberikan mereka soalan sebagaimana yang telah disediakan oleh pensyarah. Hakikatnya bukanlah semudah yang disangkakan, tidak juga seindah gambar. Namun, kami tabahkan hati dan menjadikan kesukaran sebagai cabaran untuk terus maju dan berjaya.

Akhirnya,,,,nah!Alhamdulillah. Segala urusan kami dipermudahkan Allah. Ingin aku mengabadikan kenangan indah kami dalam blog kesayanganku ini...Sekalung penghargaan dan terima kasih buat dua sahabat baharuku ini iaitu Miss. Hasuuna daripada Nigeria dan Jehad daripada Libya.


                    

0 comments:

Post a Comment