Sunday 6 June 2010

MEMORI PRAKTIKUM FASA 1 2009.

ASSALAMUALIKUM ....

GAMBAR-GAMBAR INI DIAMBIL SEMASA SAYA MENJALANI PRAKTIKUM FASA 1 TAHUN 2009 DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU (SRAB) SEGAMAT.WALAUPUN PADA TAHUN INI SAYA AKAN MENJALANI PRAKTIKUM DI DAERAH MUAR,NAUN JADIKANLAH BAHAN SAYA INI SEBAGAI KENANGAN DAN RUJUKAN, INSYA-ALLAH.

PAPAN CARTA DI BELAKANG KELAS.


HASIL KERJA MURID DIPAPARKAN DI KELAS.


BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MURID.

PENDIDIKAN AKHLAK DARJAH 4

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH.

SIFAT MAHMUDAH MERUPAKAN SUATU SIFAT TERPUJI YANG SANGAT DITUNTUT DI DALAM ISLAM.  RASULULLAH MENGANJURKAN UMATNYA SENTIASA MENGAMALKAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH DAN BAGINDA SENDIRI MENJADI CONTOH IKUTAN YANG TERBAIK.ANTARA SIFAT-SIFAT MAHMUDAH YANG BOLEH DIAMALKAN IALAH :

                                                    SIFAT BEKERJASAMA




                                                            SIFAT AMANAH


                                                             MENJAGA KEBERSIHAN


SELAIN ITU,TERDAPAT BANYAK LAGI SIFAT MAHMUDAH YANG

PERLU KITA AMALKAN.

HILMUN       -  BAIK HATI ATAU PRIHATIN
TAWADUK  -   MERENDAH DIRI
ADIL              -  MELETAKKAN SESUATU PERKARA PADA TEMPATNYA.
ISTIQAMAH -  BERPENDIRIAN TEGUH.

JADI, MARILAH KITA MENGAMALKAN SIFAT-SIFAT INI DALAM KEHIDUPAN.SEMOGA KITA SENTIASA DISAYANGI ALLAH DAN RASUL.

DOA SENJATA MUKMIN...

Thursday 3 June 2010

Laman Kegemaran

Ada beberapa laman jaring yang ingin saya kongsikan buat tatapan dan wadah penambah maklumat bagi semua. Jemputlah melawat ke dua blog yang ada di kiri anda. Terima kasih:)

Tuesday 1 June 2010

SEKITAR MAJLIS HARI GURU SEK.AGAMA PARIT KADHI

PERSEMBAHAN MENARIK DENGAN LAGU MEDLEY
MALAR SEGAR UNTUK PARA GURU.



USTAZ HJ.ZARKASI BIN MUSTAKIM (GURU BESAR) SAPK
MEMOTONG KEK HARI GURU DIIRINGI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH.




HADIAH ISTIMEWA DARIPADA MURID ISTIMEWA BUAT GURU YANG TERISTIMEWA.



SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI,MUAR.

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI,MUAR.

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam.Tanggal 27 mei 2010,telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh warga sekolah Agama Parit Kadhi,Muar. Bermula dari jam 2.30 petang mencecah jam 5.00 petang,pelbagai persembahan pentas telah dijalankan dengan kehadiran pelajar sekitar 600 orang.

Selain itu,Tuan Guru Besar SAPK iaitu Ustaz Hj.Zarkasi turut menyampaikan ucapan beliau dengan penuh amanat dan pesanan. Walaupun agak terlewat sambutan ini,namun penghargaan yang diberikan oleh para pelajar sangat meriah.Hadiah tetap dihulur bagi mengenang jasa guru tercinta.Tidak ketinggalan beberapa orang pelajar istimewa turut sama menyambut acara tahunan ini.

Namun begitu,sebagai pendidik tugas dan tanggungjawab tidak berakhir di sini. Perjuangan masih belum selesai,pengorbanan belum tiba di garisan penamat.Sebagai ingatan buat semua  ustaz dan ustazah SAPK…teruskan jasa baikmu mencurahkan ilmu tanpa jemu. Sesungguhmya hadiah yang paling berharga adalah kejayaaan anak-anak didik kita di dunia dan di akhirat, Amin….

SELAMAT HARI GURU 2010
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.”

.

Sunday 30 May 2010

ULANGTAHUN YANG PERTAMA "PUTERA IPPM"

Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam.Tanggal 27 Mei 2010,genaplah usia putera comelku yang ketiga mencecah setahun. Masih jelas diingatanku tatkala aku melangkahkan kaki ke IPPM ketika baru melahirkannya pada hari yang kelima.Berkat pertolongan dan kasih sayang sahabat seperjuangan,yang pahit itu manis jua akhirnya...Terima kasih sahabat-sahabatku tercinta,inilah Putera IPPM yang semakin lincah dan ceria...

PENDIDIKAN IBADAH DARJAH ENAM.

Darjah   : 6 Saidina Ali
Perkara : Pendidkan Ibadat
Tajuk    :  Sembelihan dan Qurban
Masa     : 5.30 - 6.30 petang (1 jam)
Nilai      :  Kerjasama
                Pengorbanan
Kemahiran Bernilai Tambah:
Pembelajaran Kontekstual dan Belajar Cara Belajar.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid pernah menyaksikan rakaman sembelihan melalui LCD.
Bahan Bantu Mengajar :
-Rakaman Menyembelih
-LCD
-Carta Bergambar

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1.  Menyebut pengertian sembelihan dan hukumnya.
2.  Menerangkan cara-cara menyembelih dengan tersusun.
3.  Membaca firman Allah berkaitan tuntutan menyembelih.

Isi Pelajaran :
1.  Definisi sembelihan dan hukum dalam Islam.
2.  Lima cara menyembelih haiwan ternakan.
3.  Huraian ayat 121 Surah Al An'am dan hadis Rasulullah berkaitan sembelihan.

Sumber Pengajaran :
Kitab Ibadah Darjah 6 (ms 34-35)
Carta Bergambar

RPH PENDIDIKAN TAUHID DARJAH EMPAT.

Darjah  :  4 Abu Bakar
Perkara: Pendidikan Ibadah
Tajuk    : Nama-Nama Syurga Allah
Masa    : 3.30-4.00 petang.
Pengisian Kurikulum ;
Nilai : Beriman kepada Allah
          Beriman Kepada hari kiamat
Pengetahuan Sedia Ada:
-Murid pernah mendengar tentang kehebatan dan ciri-ciri syurga
Bahan Bantu Mengajar :
Carta Nama-nama Syurga Allah.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid dapat :
1.  Menyebut sekurang-kurangnya tiga nama-nama syurga.
2.  Menyatakan nikmat-nikmat syurga yang diketahui.

Isi Pelajaran:
1.  Tujuh nama-nama syurga Allah.
2.  Firman Allah dan contoh amal ibadah yang membawa kita ke syurga.

Sumber Pengajaran :
Kitab Tauhid
Buku Nikmat Syurga dan Azab Neraka

Friday 28 May 2010

Mana satu ya?

Salam persaudaraan

Lewat keraian Hari Guru yang disambut dunia tempatan, ingin aku sampaikan salam yang penuh azam untuk semua rakan- rakan pendidik.
Beberapa hari yang lalu, satu insiden telah menjentik kotak fikiranku untuk menulis tentang tiga perkara. Mereka selalu datang silih berganti di dalam hidup kita saban waktu, untuk menguji kekentalan dan kematangan sebagai insan yang hidup dalam masyarakat majmuk serba kompleks. Atau sekiranya wajar ku katakan dengan lebih terperinci, di dalam ranjau kembara seorang hamba yang mengharap redha TuhanNya.

 Lalu tanpa sedar terwujud kaitan antara insiden itu dan perananku sebagai seorang pendidik kepada anak- anak didikku.

Sesungguhnya pelajar cemerlang, secara amnya lebih mudah dipandu dan ditunjuk ajar berbanding pelajar berprestasi rendah, atau lebih malang, pelajar bermasalah. Tiga perkara yang berkait rapat dengan kelompok kedua dan ketiga tersebut adalah menghukum, memaafkan, dan merubah.

Menghukum memang gampang dilaksanakan, namun impaknya hanya bagi kadar sementara dan tidak terlalu efisien. Menjatuhkan hukuman kepada murid- murid, sebagai contoh mencubit atau memarahi, dan berdiri sepanjang kelas merupakan antara kaedah ringkas jika murid berkenaan tidak melengkapkan sebarang tugasn yang diberikan.

Memaafkan pula memaparkan imej mulia seorang guru, yang mempraktikkan modal insan yang terpuji. Namun apabila sikap ini disalahtafsir dan disalahpraktikkan, seorang guru yang pemaaf akan dilihat sebagai guru yang tidak ambil endah. Sikap pemaaf ini bakal memusnahkan para murid jika setiap kesalahan mereka dimaafkan oleh guru.

Manakala hal ketiga berkaitan dengan kuasa di tangan guru, yang jarang- jarang mampu diguna pakai secara efektif atau dimanfaat seoptimum mungkin. Ini kerana mengubah, atau dalam kata lain menjadi ejen perubahan bagi para murid adalah proses yang menuntut masa, kesabaran, kepakaran dan terutamanya kerjasama dari pihak murid sendiri.

 Alangkah bagus jika aku mampu menjadi pendorong kepada murid- muridku ke arah prestasi yang cemerlang dilengkapi sahsiah dan tingkah laku serba molek. Apabila direnung- renungkan, secara teknikal dan juga teori: anak- anak yang cemerlang lahir berkat usaha dan azam guru- guru yang tidak kurang cemerlang. Mungkin hasil tuaiannya tidak dapat dilihat di akhir tahun atau ketika mereka mengambil keputusan peperiksaan, tetapi tidak keterlaluan jika akku katakan menjadi impian aku sebagai guru untuk menyaksikan kejayaan mereka bukan hanya dalam bidang akademik, tetapi juga sebagai khalifah dan ahli masyarakat yang sedar akan tanggungjawab mereka. Semoga sepanjang perjalanan bergelar pendidik ini mengizinkan aku untuk menyampaikan walau hanya setitis ilmu buat azimat yang bisa mengubah nasib anak- anak muridku. Amin.

Saturday 22 May 2010

Downloads

 Kepada rakan- rakan yang dikasihi, saya ada beberapa bahan yang ingin dikongsikan bersama- sama. Silalah klik pada link di bawah untuk memuat turun bahan berkenaan.

Wednesday 19 May 2010

Dari Abu Hurairah r.a.

Dari Abu Hurairah r.a.,


Datang seseorang kepada Rasulullah lalu bertanya," Wahai Rasulullah, siapakah ornag yang paling layak untuk bergaul dengan baiknya?". "Ibumu," dan hal ini diulang sehingga tiga kali sebelum Nabi akhirnya berkata "Bapamu,".

Kau mengajarku segalanya
yang ku simpan di dada kini
menjadi azimat hidup yang mencabar hati dan diri

Bukan sesiapa aku
Tidak kemana aku
Alangkah betahnya hidup
Tanpa engkau yang bergelar
Ibu, ratu hatiku

Biar badai melanda
Walau ribut memusnah di setiap laluannya
Namun kasihmu agung, tulus dan suci
Tak pernah padam menyuluh jalanku
Tak pernah layu
malah terus mengharum setiap detik dekatmu
Tak pernah putus menjadikanku insan yang teguh peribadi

Hanya kau satu
Tiada dua
Ibu, ratu hatiku

Ibu, ketahuilah
Aku sayang padamu
Titisan suci dari kedua matamu yang sayup
Bak tangisan dari sang bintang
Kasih sayangmu
Menjadi kudapan jiwaku






Mugkin sedikit terlewat untuk saya menyambut Hari Ibu yang telah berlalu. Namun hakikatnya, setiap detik yang saya hadapi dan nikmati adalah hasil pengorbanan ibu saya yang tercinta. Maka, tidak terlewat dan tidak pula terlalu awal bagi saya mengungkap puisi di atas. Kerana kasih ibu itu tidak mungkin tertakluk pada hari- hari yang tertentu. Bagi sesiapa yang masih tidak berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu, carilah peluang sebelum menyesal di kemudian hari. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa jua. Buat semua rakan ibu, Selamat Hari Ibu!