# BBM 3412 : Aku dan Mak.
6.45 pagi : Satu SMS diterima, sila ambil kertas jawapan di pejabat sekolah. Anda terpilih sebangai penilai skrip peperiksaan. Perghhh...dah mihin pengecualian pun tak dilayan! Hrmmm..baru nak tarik semula selimut,tetiba aku bingkas bangun...Makkk!
Maka berubahlah rutin biasaku. Melangkah masuk ke dapur untuk menyiapkan sarapan mudah dan ringkas untuk mak. Selepas sarapan, aku dengan relanya menyarung semula apron untuk memasak hidangan tengahari pula. Tak sempat makan tengahari dengan mak, aku bergegas ke sekolah pula.Kesian mak, baru semalam mak sampai rumah acik, hari ni dah kena tinggal, makan sorang-sorang.
Acik mintak maaf mak,acik tak mampu melayan mak seperti mak melayan Acik. Sibuk sangat dengan urusan sendiri, jangan sampai kau abaikan syurga yang berada di depan matamu Azie!
Seketika aku terasa ada mata yang memandang. Mak tersenyum ke arahku sambil jemarinya ligat bertasbih. Allahu...kulepaskan pen merah ditangan,kutinggalkan kertas yang sedang ditanda...makkk!