Tuesday 1 June 2010

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI,MUAR.

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA PARIT KADHI,MUAR.

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan pencipta sekalian alam.Tanggal 27 mei 2010,telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh warga sekolah Agama Parit Kadhi,Muar. Bermula dari jam 2.30 petang mencecah jam 5.00 petang,pelbagai persembahan pentas telah dijalankan dengan kehadiran pelajar sekitar 600 orang.

Selain itu,Tuan Guru Besar SAPK iaitu Ustaz Hj.Zarkasi turut menyampaikan ucapan beliau dengan penuh amanat dan pesanan. Walaupun agak terlewat sambutan ini,namun penghargaan yang diberikan oleh para pelajar sangat meriah.Hadiah tetap dihulur bagi mengenang jasa guru tercinta.Tidak ketinggalan beberapa orang pelajar istimewa turut sama menyambut acara tahunan ini.

Namun begitu,sebagai pendidik tugas dan tanggungjawab tidak berakhir di sini. Perjuangan masih belum selesai,pengorbanan belum tiba di garisan penamat.Sebagai ingatan buat semua  ustaz dan ustazah SAPK…teruskan jasa baikmu mencurahkan ilmu tanpa jemu. Sesungguhmya hadiah yang paling berharga adalah kejayaaan anak-anak didik kita di dunia dan di akhirat, Amin….

SELAMAT HARI GURU 2010
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.”

.

0 comments:

Post a Comment